Saturday, October 22, 2011

FINAL YEAR

ASSALAMMUALAIKUM W.T.B

waaaaaaaaaaaaaaa, lamanyer aku x update blog. punca utamanyer "malas". nie aku x nafikan. sem nie secara rasminya aku dah jadi final year students, adik aku asyik tanya bila lah ko nie nak kawin? hahahahahaha
Insya Allah ada jodoh kawinlah nie nak belajar dulu. Penat sebenarnya mau jwb soalan nie. aiya..... nie kak long dah jwb pasnie jgn tanya lg.

susahnya nak tdo, Panas! nie dah berpeluh (huuuuu bnyk dosa nie. Wallahualam) serius aku dr jam 3 dah terbangun bdn dah rasa berpeluh. minum air n cuba sambung tdo still x bleh. pg buka tingkap semua lantak lah nyamuk masuk yg penting haba dalam bilik dpt di bebaskan. pastu dah masuk si nyamuk.. lagilah x bleh tdo.... alang2 tunggu jer subuh masuk. punctual giler subuh ari nie 4.44 lawa jer number..... on kan laptop dan buat benda nie lah. tp x lah sampai nak "touch up " blog bukan pa x da mud nak hias sebenarnya.... sejak akhir2 nie memang mls gler. nak design bju pun malas sampai skang x ink lg. nak buka buku maths lglah...

sem nie 5 subjek major maths. ya allah aku harap sng malas nie akan dpt ditangani... yg penting kita lawan rite? gambate Sitti! di kesempatan nie sy nak ucap happy Birthday to someone yg penting dalam hidup sy, baru jer smbut birthday dia yg ke 24.  May Allah bless you. Wish all your dream will come true..

huh... serius dah x tahu nak taip aper sebenarnya. lost word and lost mind jap... :)apaapapun..... harap korang have a nice day today. k. salam

Sunday, July 31, 2011

SaLam RaMaDhan............






Assalammualaikum.
Salam RamadHan semua...
Syukur kehadrat Allah SWT. Dengan IzinNya, insya Allah Esok kita bakal sambut Bulan Ramadhan.Ya Allah betapa rindunya dengan kehadiran bulan Ramadhan.  Bulan Al- Quran , pada bulan ramadhan diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia,  kehadiran Malam Lailatul Qadar. Bulan keberkatan, di ikat jin-jin dan syaitan malahan  di tutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan memperbanyakkan amalan. Insya Allah jika niat kita ikhlas Allah akan meredhai dan memakbulkan doa kita.
Di sini aku ingin berkongsi nikmat pada bulan ramadhan yg aku jumpa di laman sesawang...
5        Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan ialah  sumber (http://belogfadah.blogspot.com):-
1-Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.

2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.

3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.

4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias dengan penuh keindahan agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.

5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Hari pertama Ramadhan kali ini aku sambut tanpa kehadiran keluarga tercinta yang ada cik cine saya jer lah. J my mum mesti beli makan kegemaran anak-anak dia untuk berbuka dan apa yg pasti my mum mesti nangis bila lihat kerusi anak-anak dia kosong sampai tak lalu .. Itulah dia ibu saya....  Insya Allah, mak nanti hujung minggu nie kak Long pulang J
Start hari jumaat nie aku akan ambil exam untuk modern geometry diikuti ngan technology and mathematics education pada hari sabtu.  Entri ni maybe yang terakhir buat sementara waktu maklumlah bz ar... nak exam. Doakan saya dan seluruh warga UNIRAZAK yg ambil exam dpt jawab paper dengan baik. Insya Allah.
Dan juga sempena menyambut bulan puasa yg bakal tiba, marilah kita sama2 berdoa untuk saudara2 kita yg berada di negara bergolak, semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran, semoga Ramadhan yg menjelma tidak memadamkan semangat juang mereka malahan menyemarakkan lagi  jihad mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di pihak yg benar, mendengar doa hambanya ... semoga Allah memakbulkan doa mereka.
Ya Allah aku bersyukur kerana tidak perlu menghadapi semua itu. Semoga ramadhan Kali ini memberi seribu keinsafan, seribu keberkatan dalam mencari keredhaan Mu Allah.  Amin
p/s: Rindunya nak Terawih J
Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

Untuk seketika....

Assalamualaikum....
Usai solat subuh, aku cuba untuk melelapkan mata. X boleh. Aku pusing kiri dan kanan namun mata ini tetap x mahu terlena. Entah kenapa terlalu bnyk benda yg mengganggu fikiran yg menyukarkan ku untuk tidur semula, biasanya jgn harap lah, lepas subuh tidur punya. Itulah amalan ku yg  x baik sejak aku melangkah ke universiti . x tidur selepas subuh jika ada kelas saja. My mum membebel pasal ni. Hahahahahahaha.
Semalam,alhamdulillah.... terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memurahkan rezeki ini. Rezeki kedua org tua ku..... Mungkin tidak semua seperti ku yg mampu membayar yuran pengajian sendiri. Namun x semua yg tahu... perasaanku setiap kali berada di finance. Bukan aku tidak bersyukur, Cuma... Terus terang... perasaanku setiap sem tetap sama. Aku x tahulah apa org lain rasa, tapi bagi aku apa yg pasti perasaanku sentiasa berbaur... sukar untuk aku nyatakan.
“fazihah... ko senanglah... bayar sendiri..” bila dgr ayt nie aku hanya mampu tersenyum. Jauh di sudut hati aku tak tahu apa yg harus aku balas, apa sepatutnya mimik muka harus aku pamerkan. Tapi sebenarnya ayat yg lebih sesuai adalah “Alhamdulillah...” tipulah jika tidak pernah terlintas di fikiranku,  tidak pernah terdetik di hati ini...mungkin org ingt aku terlalu bergantung dgn org tua ku dalam setiap hal. Aku x bleh berdikari. Dan hal ini kadang2 mengusik resahku. Sebelum nie, aku pernah bagi tahu mamaku yg aku ingin membuat pinjaman, mamaku akan ckp pdku “Kak long, x perlulah... org tua mampu” Aku menyatakan pada mamaku betapa aku mahu berdikari... selepas belajar aku mahu bayar sendiri dan selebihnya aku mahu menangkis pandangan org lain yg aku x mampu hidup sendiri. Mamaku sentiasa kata kepadaku biarlah apa org nak ckp... dorg bukannya buat apa apa pun untuk kak Long. Aku hanya diam. Semasa aku di Uniten, Alhamdulillah aku di panggil untuk taklimat bagi permohonan biasiswa pelajar cemerlang. Aku rasa gembira sekali... mungkin aku dpt memujuk org tua ku untuk membuat permohonan tue. Telah ku khabarkan kpd org tua ku segala faedah ygakan  diperoleh melalui biasiswa tu.... jawapan tetap sama. Sejak itu aku x bertanya...
Cuma semasa aku di Unirazak aku mendengar sendiri jawapan dari bapaku... bila kawannya bertanya kepadanya mengenai ku
“Bang.... kenapalah abg tdk bg anak abg mohon biasiswa... kah pinjaman  kan senang nanti”
“x payah lah... org tua bekerja kuat untuk kesenangan anak-anaknya... satu kepuasan bagi seorng bapa jika dia dapat menanggung anaknya....”
Jawapan itu cukup menyentuh hati aku ingin saja aku memeluk bapaku dr belakang. Aku memandang keluar tingkap. Air mataku bergenang masa tue. Perbualan dalam kereta seakan angin sj di telinga ku. Org yg rapat dgnku pernah menyatakan kepadaku. Namun hatiku seakan sukar untuk menerima. Namun haritu... Aku bertekad akan membalas jasa org tuaku... akan menyayangi mereka walau apa jua berlaku. Setiap kali aku katakan pada diri ku. “Ya Allah maafkan aku andai aku bukan anak yg baik untuk kedua org tuaku, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kepada ku YA Allah...” Cuma aku agak emo kemarin. Mungkin sebab aku rasa sedih pointer aku jatuh aku rasa aku telah mengecewakan org tua ku.. macam yuran ku tdk berbaloi dgn usahaku. Walaupun org tuaku x kisah dan sentiasa memberi sokonngan kpdku aku tetap rasa bersalah.  Insya Allah i’ll do my best for this sem.
Semalam entah kenapa aku agak emo, perbualanku dgn mereka yg menelefon ku sahut hambar. Pertanyaan kak ngah ku balas malas. Hingga kak ngah bertanya kepadaku kenapa ku x bnyk bercerita dan lebih bnyk diam. Aku memberi pelbagai alasan menutup resah di hatiku. Begitu jg dgn “dia” .
“Sitti.... awak ok ker?” aku terasa sebak bila di tanya begitu. Aku bukan lah org yg mudah menangis, walaupun bnyk benda yg berlaku dlm hidupku... aku jenis yg sukar untuk menangis. Cuma semalam aku jd “manusia” yg mudah terusik jiwanya.  Maafkan sy awak... I just need some space. Tidak terucap kata-kata. Aku tahu aku telah membuatnya risau.. walaupun dia sibuk dia tetap menelefonku. Bukannya aku x persaan yg bunyi jari jemarinya yg rancak menaip di keyboard terhenti bila dia bertanya keadaan ku. Aku tahu jwpnku kepadanya seakan tidak wajar di terima. Mujur dia memahami. Sekali lg sy minta maaf.
Satu habit aku yg berubah, bila aku ada masalah... aku lebih gemar mengasingkan diri dan membiarkan lampu tertutup. just memberi ruang pada diri sendiri. entahlah.. bagi aku i’m doing good drpd marah2... melempiaskan pada semua org. I’m learned from the past. Bila aku gagal mengawal emosi, aku lampiaskan marahku. Terus terang aku pemendam dan perahsia org nya, tp bila ia dah melebihi thp kesabaran dan ketenangan ku aku boleh jd org yg “garang” hahahahaha. Cine bgtahu aku... aku menakutkannya. Alhamdulillah sekarg nie dah “OK” hahahahahaha. Emmmm.... x senang sebenarnya mahu jadi Sitti fazihah Abd haman nie. Cukuplah if dorg ingt aku “stone Cold”
Hari ini insya Allah mahu keluar cari barang.... jd x bleh sedih2... walau apa jua masalah ku, kalau bleh aku x mahu mengheret org lain bersama. Alhamdulillah mereka “fhm” perangai cik sitti sorg nie....
Doakan perjalan saya.... Insya Allah Amin.
Assalammualaikum...

Sunday, July 17, 2011

~ My Work~

Assalammualaikum....
Agak penat jg menyiapkan assgnment public speaking. Kata cine masa bukan masalahnya tetapi kekurangan peralatan. Dgn hanya berbekalkan hp aku yg hanya mempunyai 3.2 mega pixel dan hp Tina, Alhamdulillah siap jg kerja kami. Salah satu maslah kami ialah bila hp aku buat hal di saat- sat akhir. “jam”. Geram pun ada. Tp aku patut berterima  kasih “kepadanya”. Kerana aku “memaksanya”bekerja melampaui kudratnya. Aku syg sngt hp tu.. walau macamana dia meragam, walau macamana pun aku kena perbaiki kerosakannya aku x akan sesekali meninggalkannya selagi dia masih boleh di pakai.  Sampai pukul 2 pagi. aku ngan cine berjaga menyiappkan asgnmt, ingtkan dpt siap awal... lucu jg perbualan kami yg awalnya rancak semakin “slow” masing2 pun penat n x sbr nak siapkan asgnmt nie.
1st time lambat pg kelas public speaking. Demi  Allah , aku x suka dtg kelas lambat... rasa mcm lambt jer kereta cine bw. Walhal sama jer masa perjalanan. Tapi mungkin mahu cepat hati terasa lambat. Nasib baik ada cine... di saat-saat akhir dia dpt burn dvd, laptop aku x dpt buat. Aku x tahu software apa yg ada dlm laptop aku since dia baru jer kena format, thanx to Amir yg tolong format laptop aku.. Jd pening jglah time nak buat baru explore kegunaan software. Semak dah dekstop aku ngan software2 tu hahahahahaha. Tetiba cine tanya pasal scene tambahan yg aku suruh add bg tambahkan masa video kami.
Cine: bro bila ko fikir idea tu? Masa ko baru bangun or masa mandi?
Aku ketawa yelah actually benda tu spontan jer sebenarnya
Aku: bro.. spontan tu bro. Time ckp ngan dorg time tu juga aku fikir
Aku agak lucu jg ar yalah dia ingat aku plan benda tue... aku siap memvolunteerkan diri jadi jurucakap bagi setiap yg scene, yg lain jd watak dalam scene. Aku rasa macam leader n director plak bgtahu apa dorg buat. Hahahahaha. Aku ingin minta maaf ngan cine yalah aku ambil gambar dia sampai part mulut jer. Demi Allah bro. Aku xda intention pun buat mcm tue. Susah jg mahu ckp. Tapi i admitted my mistakes. Huhuhuhuhuhu…
Now hanya tinggal assignment  major. Presentation. Ya Allah permudahkanlah urusan aku ngan cine. Aku harap dpt tingkatkan pointer dalam sem nie….. Insya Allah.  Saja jer tulis2 sementara tunggu waktu asar menjelang tiba. Sedap rasa hati bila menanti waktu solat. J

Assalammualaikum….

Friday, July 15, 2011

ImPiAnKu........


IMpIANKu..........


Assalammualaikum w.b.t


Bumi Allah basah dihujani hujan syukur tdk terhingga kepada Mu Allah atas Rahmat yg tidak terhingga.  Usai menunaikan solat asar hati teringin sekali untuk berbicara, sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menari membentuk bait-bait indah..... ceh....................

Hari ini aku ingin sekali berkongsi mengenai impianku, yg kukira semua org pun punya impian masing-masing. :) Jika ada yg bertanya kepadaku apa kesukaanku? Terus terang ku katakan aku gemar untuk melukis dan mewarna. Jika ada yg bertanya apa Impianku? Suka ku nyatakan yg aku berharap agar suatu hari nanti baju-baju yg kureka di atas kertas akan akan membentuk suatu pakaian indah yg dapat di pakai oleh semua org tidak kira usia,rupa dan bentuk tubuh.
Pernah ku nyatakan hasrat kepada ibuku untuk mengikuti diploma seni reka kerana aku ingin sekali menjadi pereka fesyen. Tetapi ibuku menolak saranan ku dgn alasan ia tdk menjamin masa depan. Aku rasa sungguh kecewa dan masa tu aku hanya menurut dan membiarkan impianku itu berlalu begitu sahaja. Malah lukisan-lukisan rekaan ku yg ku tampal di dinding kamarku telah ku simpan semuanya di dalam fail. Sejak itu aku sdh berhenti mereka baju. Aku ingin berfikiran positif yg ibuku mahu yg terbaik untukku.
...........................................................................................

Aku berjumpa dgn cine(one of my bestfriend)... insan pelik yg suka melukis mata. Entah kenapa hati tercuit dgn gayanya malahan buku ku turut menjadi sasarannya. Hingga bila aku study aku tertawa sendirian bila melihat lembaian kertas bukuku bercorakkan mata. Aih...Aku rasa ada yg ingt aku gila.hahahahaha. Malah aku turut bagi lukisan-lukisanku kepadanya. Buat pertama kali aku lukis Cartoon “spongebob” sebab aku selalu mendengar dia bercerita mengenainya. Aku x tgk benda tue. Buat pertama kali setelah sekian lama, aku bersungguh-sungguh untuk melukis sesuatu. Aku jg cerewet dalam memastikan kekemasan lukisan. Tapi aku gembira sebenarnya. Dia menghargai hasil kerja ku.

Semasa aku di uniten, minatku ku semakin bertambah. Aku geli hati hati melihat lukisan cine di dinding bilik kami, sampai aku boleh ketawa ketika kami study. Yalah mengadap dia bermakna tgk dinding belakang tu jg. UNIK betul lah. Cuma satu ku suka mungkin aku x pernah puji dia... Dia lukis mata dgn cantik sekali. Tidak keterlaluan ku katakan  ia sempurna di mataku.  Aku pun mula start reka baju semula just suka-suka.Malahan  Seseorg telah memberitahuku yg kita boleh buat apa yg kita mahu asalkan niat kita ikhlas. Lucu jg org yg selalu berbahas dgn ku kini menjadi seseorg yg teristimewa di hatiku, yg selalu memberi kata-kata semangat. :)

Semasa aku pindah di UniRazak KK, cine meminta aku mereka baju untuknya. Terus terang perasaan ku berbaur masa tue. Yalah x sangka ada jg yg nak aku reka baju untuk dia warna.n nerves jg lama sdh x melukis. Dia nie suka betul ngan warna. Dan teliti orgnya. Aku pun start lukis baju. Dia kata kena complete 1 fail. Kekeringan idea n malas nak lukis sebenarnya, kena ikut ada mood menyebabkan lambt betul 1 fail tu nak hbs. 2 tahun rasanya. Hahahahahaha bising jg dia. Sori ar Bro. Aku gembira sebenarnya buat benda tu. Cuma cine skang dah pandai komen, if ada dia x suka aku kena ikut n repair lah .... anyway aku suka.... asyik suka jer dr td. Hahahaha. X lah atleast dia tahu apa yg terbaik. Walaupun kadang-kadang aku bergaduh jg dgn dia. man sah if x bergaduh sehari ngan dia. Dia akan warna baju-baju tue. Lawa jg dia warna, asyik puji jer.... tp btol lah... sampai aku kata ngan dia nant kita buka butik, aku buat baju ko jual. Cine suka berniaga... ngam lah tu. Aku ni pemalu cikit.... hahahahahaha

Aku sdh bgtahu ibuku. Aku mahu belajar menjahit dan mahu buka butik satu hari nanti. Alhamdulillah berkat doa... ibuku mengizinkan dgn syarat aku habiskan belajar dulu dan jd guru. Insya Allah.... Aku bersyukur, Allah dgr doa ku. Dan aku tahu yg Allah selalu Mendengar doa setiap HambaNya. Kita hanya perlu bersabar. Insya Allah jika niat kita ikhlas Allah akan dgr dan kabulkan doa kita.  Sungguh restu org tua itu amat penting bg seorg anak. Thanks to my parents, yg sentiasa memahami hati anknya. Tindakan ibuku ada benarnya, apa yg berlaku ada hikmahnya.. jika tidak aku mungkin tidak seperti sekarang.  Kini aku bakal bergelar pendidik. Insya Allah hanya tinggal 3 semester lg. semoga di makbulkan.. kedua dua impianku tercapai. Aku jumpa cine baru aku start lukis pakaian muslimah. (malisah pernah suruh aku design baju raya dia masa form 5). Aku acah jer ckp dgn dia mau design and jual mini skirt hahahahaha. Aku tahu islam tidak menghalalkan cara.... now aku hanya design pakaian muslimah saja. Tu pun untuk suka2 antara aku ngan cine. Cine jd pngomen ku yg setia. Thanx Bro... Love you so much. Thanks mama n bapa sebab izinkan anakmu ini buat benda dia suka. kak Long tahu mama n bapa sentiasa mau yg terbaik untuk kak long. insya Allah kak long akan penuhi impian mama n bapa untuk dapatkan segelung ijazah. N buat yg tersayang thanks so much coz always  be there listen to my stories and never stop to encourage me. :) 

Doakan saya.....

Assalammualaikum. :)


Monday, July 4, 2011

Start sem

salam,
 agak lama jg x menulis di blog, selalu buka blog org lain hingga i lupa plak yg i ada blog :). sem lalu agak menduka citakan, anyway aku bersyukur dgn result. may be it is not good enough but i satisfied with it. this sem aku dah start ambil major. so, ia agak penat jg untuk catch up all the assignment, insya Allah semua berjalan dgn lancar. pray for me. jika dulu aku ragu dgn keupayaan ku untuk jd guru. now i work for it.. i try to built my confidence even its tough but its too late to reverse and i dont want to let people that i loved felt disappointed. 
gambate!!!!!

salam.

  

Wednesday, June 8, 2011

SUNG bONG ChOi

salam. wanna share 1 video yg mampu membuat hati anda tersentuh. i can imagine mcm mana dia jalani hidup. bila baca cerita and tengok cerita macam nie membuat diri rasa lebih kerdil. Thank you ALLAH 4 EVERYTNG. . 

Monday, May 30, 2011

FILEM NURKASIH

Salam, lama x buat entri. aku agak bz baru2 nie. baru balik KK alhamdulillah tercapai jg niat mau tgk filem nurkasih (FNK) dgn special one.... hahahahahaha adik aku kak su. cerite dia memang best giler dan aku rasa x rugi membeli tiket. nie satu2nya movie melayu yg aku tgk d pwagam yg aku betul2 puas hati. x sabar nak jejak kaki ke growball. dulu punya liat 1st time and last time aku pg growball aritu tgk khurafat ngan adik2ku + cine. kak ngah sponsor tiket tu yg layan jer.. padahal dulu d alamanda hampir setiap bulan sekali mesti pg tgk wayang. hahahahaha. berbalik ngan FNK cerite dia ngan muzik selari ar beb sapa2 peminat nurkasih mesti terbuai punyer. memang kena sedia tisu2 banyak2... sedih jg ceriter dia. tp aku just tersentuh je lah..xlah sampai thp nangis. tapi bila aku tgk adik aku, kak su dah menangis sebelah aku. terketawa jg aku d pawagam. aku plak yg bg tisu.ending dia memang lain dari yg lain x d jangka. sapa2 yg x follow drama jgn risau, dia bg tahu sinopsis d awal filem. sekarang masih ada time g nak tgk........ jd sapa yg blum tgk p lah tgk. salah satu sebab aku nak tgk filem ni jg sebab pengarah dia khabir bhatia... semua filem and drama dia best2.  (kekasihku seru, sepi, penunggu gunung raya.....) jgn lupa tgk. (>_^)

salam.
p/s: suka tgk anak Aidil Ilyas dan mariam. adam and nur jgn cerite ar best gler.....

Wednesday, May 18, 2011

NURKASIH

Salam. Esok 19 MEI 2011 Nur Kasih akan menjengah pawagam.wah x sabarnya. aku memang giler dengan drama nurkasih. aku teringat cine mempermainkan aku maklumlah dia dah bc dulu sinopsis, aku x nak bc nanti spoiled ar maklumlah aku dah follow dari awal x nak ar kacau lah mind set and feeling nak tgk. dia ckp nur mengandung n adam dah xda nanti... mak oi... aku cakap aku x nak percaya tapi tiap kali drama main nerbes jg n termakan jg apa dia ckp. sampai ke sudah aku tunggu nur tu mengandung. x juga. last2 dia bgtau dia main2 jer..... hahahahahaha. cine2... nasib baik aku syg ko... :) lusa nanti pg KK. harap2 dpt tiket tgk movie nurkasih. Insya Allah...... nanti ngan kak su. takut habis plak yalah ari sabtu plak tu. nak tahu juga apa kesinambungan cerita ADAM, AIDIL dan Nur............

jgn lupa layan lagu Mila bertemu cinta, OST nurkasih..... ambil mood aku suke giler dgn lagu nie. jom ramai2 tgk Nurkasih the Movie.... harap pecah panggung. insya Allah... Salam.

Tuesday, May 17, 2011

Menyusuri Kenangan


Salam. Melihat pemandangan perjalanan di antara sekolah ugama kg haji khamis (SUIS) dengan kawasan rumahku mengundang banyak kenangan pahit dan manis yang pernah berlaku dalam hidupku. Ia membuatku tersenyum bila terkenang masa lalu. Melihat bunga yg berada di laluan masuk kg hj khamis mengingatkan ku pada seseorang..... seseorang yang mengajar ku cara  bersyukur dan menikmati kehidupan.
Aku terasa sngt lah geram bila bapa aku kata mulai hari nie aku akan berjalan kaki dari sekolah ugama sampai balik rumah. Nak jak aku kata aku tak mahu ke sekolah. Bapa x dpt ambil aku, di sebabkan bapa aku sibuk mengusahakn kebun selepas waktu pejabat. Masa tu bapa ku baru mengusahakan kebun dan my mum pun x ada lesen dan masih kerja ikut shift. Dah lah aku bengang bapa aku hantar aku jam 1 petang. Habis ja sekolah melayu, bapa terus hantar aku pg sekolah ugama yang bermula jam 2. Of course akulah manusia yg paling awal sekali dalam sekolah tu..... even ustazah pun belum masuk lagi.  Bukan apa, sekolah aku tu tempat tersangatlah strategik, sebelah kawasan perkuburan. Pernah satu ketika, aku masuk kelas aku ternampak seorang pompuan yg aku ingat kwn aku habibah. Jadi aku pun terus jer letak beg n pg depan papan hitam. “bibah, ko dah siap tajwidka?” x da sahutan dari bibah membuatku berpaling ke belakang.... mak oi.... line clear beg pun xda. Beg aku jer cun landing situ. Aku palagi... pecut ar pegi kedai mkcik depan tu... aih, watson nyambek pun kalah lah...  sejak dari aritu aku memang tunggu kwn2 aku dtg baru masuk kelas....weiiii... x berani ar.petang tu 1st time jalan kaki balik umah. Melihat kawan2 aku menunggu bas menimbulkan rasa jeles di hati... yelah muka cun jalan kaki beb... x da ar... bila memikirkan betapa jauh aku nak jalan. Aku melintas untuk ke seberang, aku menghampiri seorang budak peremuan yg ku kira muda dari aku.. aku tinggi ar dari dia.
“nama ko sapa?”
“Bunga....(sebenarnya ada lagi belakang dia x ingt lah ...).”
“ko darjah berapa?”
“darjah dua” (see..... if cine dgr habislah aku xder paper pasal ketinggian.... setuju bro J )
“oh muda lagi... akak darjah empat”
“selalu jalan kaki?”soal ku
“ya.. hari2” jawapan tu menerbitkan rasa kagum di hatiku. Yalah aku baru hari nie dah bising. Kami menyusuri landasan lapangan terbang lahad datu.
“akak nampak rumah tu..” aku melihat tempat yg ditunjuk. Seberang landasan kapal terbang, ku lihat ada perkampungan.
“itulah rumah saya” aku terkedu.
“jadi macam mana mau pegi sana?” soalku bila aku x nampak pun sebarang shortcut.
“pusing depan sana kak, limpas ni airport” jauhnya bisikku.... budak sekecil itu berjalan sendiri.
“ko sekolah melayu di mana?”soalku
“saya x sekolah melayu. Bapa saya hanya bawa lori, adik2 saya ramai, saya syukur sangat dapat belajar agama. Ni pun dah cukup bagi saya”ujarnya
 entah kenapa aku rasa malu. Ya... i got everytng ...keadaan aku dgn dia jauh berbeza. Aku bertuah parents aku mampu menghantar aku ke sekolah agama dan melayu. Keaadaan rumah aku lebih selesa berbanding dgn dia. Itupun aku mengeluh hanya kerana kesibukan org tua ku yg memerlukan kudrat ku untuk berdikari. Jalan kaki.... itupun susah... sungguh baru ari itu aku faham dan tahu, sebenarnya ada org lain lagi yg lebih susah, dan mereka gembira dgn keaadan itu kerana mereka tahu bersyukur dgn apa yg mereka ada. Aku tersenyum... Ya Allah maafkan aku.
Ku lihat Bunga memetik bunga2 di tepi jalan. Aku menghampirinya.
“bunga.... buat apa dgn bunga tu?” soalku pelik
“mak saya suka bunga... bunga nie untuk mak, boleh lah tanam depan rumah. Mesti cantik” aku tersenyum. Luhurnya hati seorang budak pompuan bernama Bunga. Aku mencapai bunga di depanku. Aku tersenyum ke arahnya.
“akak tolong...”balasku perjalanan ku tidak sunyi bertemankan bunga. Dia gemar bercerita. Dan aku terhibur mendengarnya. Langkah ku terhenti melihat susuk tubuh yg ku kenali di depan ku. Mama. Jeritku kegembiraan. My mum sanggup jalan kaki dari rumah ke airport lahad datu. Baju yg mama pakai cukup menyentuh hatiku. Mama hanya ber t-shirt dan seluar kerja. Mesti mama kelam kabut tukar baju untuk ambil aku, sebab risau nie 1st time aku jalan kaki. Aku memeluk mama ku... ingin ja aku beritahu dengannya yg aku sngt menyayanginya.
“siapa tu ? apa dia buat?” soal mama
Aku tersenyum.....
“bunga ma... dia petik bunga untuk mak dia” ujarku sambil melihat bunga.
Kami berpisah di satu simpang. Bunga akan ke kiri manakala aku akan jalan lagi ke depan. Aku melambai tangan ke arah bunga sambil tersenyum.
“ma....”
“em....’
“besok x payah ambil kak long lagi... nanti kak long tahu juga balik sendiri” genggaman tangan ku ngan mama ku kemaskan. Mama memandang ku pelik. Aku tersenyum....
Terima kasih bunga....
Ari itu adalah salah kenangan yg terindah dalam hidupku. Bermulalah persahabatnku dgn bunga. Sehingga sampai satu ketika, aku menantinya, dan dia tidak kunjung tiba. Aku tidak pernah nampak dia  di sekolah. Menyebabkan aku tertanya sama ada dia sdh berhenti sekolah.
Kini sdh 13 tahun  ia berlalu. Terima kasih bunga.. kerana menyedarkan aku. Ya Allah...terima kasih kerana menemukan aku dgn insan yg baik seperti dia. Semoga hidupnya mendapat keredhaan-Mu.Aku kini lebih beryukur dgn apa yg ada. Org tuaku berkorban masa dan mengerah keringat demi kesenangan kami adik berdik.  Ingatlah pengorbanan orang tua kita... walau apa jua yg berlaku dalam hidupku, aku amat menyayangi dan mencintai org tuaku dan keluargaku. Buat encik Abdul Haman bin mohd yasin dan Sitti fatimah binti motor... “selamat hari ibu dan bapa” hanya Allah dapat balas jasa bapa dan mama.

 Jagalah hati org tua kita, salah satu pintu masuk ke syurga ialah melalui keredhaan org tua kita. J Salam. 

Wednesday, April 20, 2011

BENGANG

Salam. mesti ada yg tnya napa aku bengang? xder ar saje bg gempaq.... aku tak tahu ar napa aku arini. cepat betul darah aku naik. macam skang honest taip tgh marah nie.... tapi x tahu marah sebab apa sebenarnya. bila aku tgk paper2 aku yg kena baca utuk exam... darah aku dah start menyirap. sampai aku x tahu nak mula dari mana, nak fokus yg mana walhal tips dah di bagi.... aku rasa nie 1st time aku berperasaan begini masa dekat nak exam. sampai cine tegur aku tutup pintu kuat aku rasa hati aku dah menyinga.... mau jak aku balas balik. nasib baik aku cepat sedar... fazihah, syaitan tue... sajer jer main simbah2 minyak. astaghfirullah al azim. aku menaip untuk buat hati aku lega sikit sementara tunggu waktu isyak.kalau ada perkataan yg wajar untuk aku... yaaaa... aku stressed. i'm stressed right now.......................... Ya allah tenangkan lah hati ku. walau macamana kusut pun, i need to realise.. yg ada  people around me.... aku bukan nya tggl sorg2 di hutan. hahahahahhahahahha. doakan aku dapat "settlekan ari nie". salam

Friday, April 15, 2011

My beloved sister...

salam. 
hari nie sajer nak citer pasal adik pompuan I yg tgh belajar d uniten. Happy belated B'day kak Ngah. dah tua lah ko ngah... 20 tahun. Asyik tanya aku biler nak kahwin... adoai.. kak su pun siap pegi cari buku kanak-kanak"kak long, cepat2 lah kawin nanti org belikan buku cite banyak2 untuk anak buah". well... Insya Allah if jodoh, kawin lah jg nanti :) ada 2 tahun lg hbs nie... :)
wahai kak ngah yg agak2 giler2 jarang serius, tapi cepat marah2 hahahahahahahaha. memang muncung tu bleh sangkut hanger lah ngah.... hahahahahaha.ok be serius, kak long doakan semoga apa yg di impikan akan di perolehi n apa yg dilakukan mendapat keredhaan Allah. Insya Allah. belajar rajin ngah. mahal yuran tue.:) apa jua yg hendak di lakukan mestilah mendapat restu orang tua k. hidup nie x semudah yg di sangka.

My sis a.k.a kak ngah
well dorg ckap muka aku n adikku aku nanti x sama langsung. dia ikut muka my dad. ok ada 1 citer... ari tu aku g CC ngan adik aku nie. time nak bayar tu akak CC tu tanya "bayar sekali ngan kawan ko?" aku dah tercari2 sape plak ? siap tgk kiri kanan lagi. tp mata dia tgk adik aku sebelah nie. well aku senyum jer. "ya kak". Cek P siap tanya ku "Jeng biar betul adik ko? x sama ar....." well cine n shik2 jer yg ckp sama... well korang judge lah. satu yg aku suka ngan kak Ngah nie... caring n bertolak ansur. masa kecik sampai skang mengalah jg lah. melainkan at that time dia moody. hahahahahaha. manjakan kak su n kayi sngt. Suker lah tu dgr. well study hard ngah! jg kelakuan. Fightng!!! 






                                                               kak Su , Saya lah... n Kak ngah
Cine cakap macam Ibu Tunggal ja... aiya.. 

k..... salam sayang. Bye. Salam

Legernyer....

Salam . Alhamdulillah... legernyer... dah siap assgnment, n hantar td.. aku, cine n eca bersengkang mata menyiapkan nya semalaman... alhamdulillah, siap jg.. tp blum habis lg, ada plak exam menanti.. insyaallah cuba jgn gabra dulu... pelan2.. :) cepat btul masa berjalan... dah masuk final exam. (>_<) sunyilah blog gua nanti... . ... cyaaaa

Friday, April 8, 2011

Bila siti nyanyi... ups Datuk Siti

salam, by the way.... gua suker giler ngan video datuk siti nurhaliza nie... x boring nak menengok nyer... yalah ader jer idea siti nie . ceh macam sebut nama sendiri. hahahahahaha.... enjoy! ... salam

upset

Salam.
not feeling gud... actually. macam2 rasa ada sampai at one time rase mcm blur jer. Arinie gua pegi hantar barang untuk adik gua sebab b'day dia... huh, honest, aku bukannya org yg suka cr pasal dgn org, xder org di dunia nie yg suka sebenarnya. Masa tempat hantar brg tu sumtg happen and make me dah sejuk satu badan. Honestly, I'm suprised and i just want to know. if aku yg "dulu2" of course x banyk tanya aku byr jer. tp aku btul2 ingin tahu n aku dgn "jujur" nya membagi tahu apa yg aku tdk fhm and tdk puas hati. Just ingin tahu. aku "tercakap" orang putih dgn org tue, pompuan yang tetibe masuk line dalam perbualan aku dgn pompuan yang sebenarnya aku berurusan.  Cine yg teman kan aku at that time bgtau yg pompuan tu show reaksi yg kurang senang. salah ker aku guna bahasa tue? Honest, i never planned untuk ckp dalam bhs tue ok. if org ckp plan before ckp, aku x planned masa ckp ayt tue...  bile cine bgtau, aku rase memang down giler. mesti pompuan tu ingt aku nak show off. Ingt plak dulu cikgu BI aku pernah ckp.. salah satu nak fasih ckp BI, ialah praktis ckp, masalah kta... bila kwn kita ckp BI kita ckp minta puji ar... temberang ar... aku masih ingt lagi aku ketawa dgr cikgu aku ckp. skang jadi dgn aku... AIYA!!! x sukernyer.... org boleh ckp, lupakan jer ..biarlah lantak dia....  tp, tu bukan aku. aku ambil mase jg lah untuk lupakan, macm skang, 11.30 x ble lupa ni taip nie... hahahahahaha. sekurang2 nyer lege sikit hati. aku petik kata hikmat dr mak aku... "yg bekerja tu pun manusia, biasalah.. ." kita jumpa macam2 manusia setiap hari macam2 perangai.. fuh... (>_<) kite pun apa kurangnyer... bnyk kekurangan... aku pun ada buat silap tadi... dan perlunya kwn tegur kite.. thanx cine.. sori lah pada "akak-akak" yg aku mentioned atas tue... huhuhuhuhu. saje expressed rasa hati.. lega now. Alhamdulillah... Ya Allah permudahkan lah urusan. aku bnyk belajar ari nie... at least tahu oready... Insya Allah, jadikan iktibarr.., Fazihah! FIGHTING!!! daaa... SALAM

Monday, April 4, 2011

Gerai cine

Salam.
agak lah liat aku sebenarya nak menaip-naip nie. terutamaya bile xder ciiiter yg best2 nak di share2 kan. well kali ni i sajer nak promote sikit gerai miss norafizah, a.k.a my best friend sapa lagi cik cine kite tepuk sikit......... (if aku depan dia memang kena baling ar....) cool bro.











cine buka gerai di dekat butik KAWAE. saper tak tahu... alah depan servay putatan tu.... sebaris dgan vunfa, cnf, pizza hut tu... if cari servay KK plaza or penampang... memang tak jumpe ar... okay2 untuk nak bagi clear lagi imaginasi korang, x yah imagine2, aku bagi tengok terus gambar gerai cik cine  kite .... dia jual tudung, macam2 lah design dia dari denim yg aku nak sngt tp x der saiz I , labah2 nie dia cakap lah.. nasib ar,  dia tak ckp tudung spider. wahahahahahaha or korang boleh lah pg link di sebelah or di bawah nie.... :) if korang nampak aku di situ ngan c amir... kite bukan menyemak aper... support cik cine.... amir pun dah jadi customer hahahhahaha dah selalu dtng gerai. well, if korang ada masa meh lah dtg, tgk2 or beli2 ker..... :) got to go... tgn berpeluh ingtkan asgmnt blum siap.... aiya.... k. cau. Salam
http://beautiful-trendymuslimah.blogspot.com

Friday, February 4, 2011

Assalamualaikum

wah....... lamanyer gua x buka blog..... banyak sawang2 oready. bak kata nazmi raja lawak... gua lupa gua ada blog... hahahahahaha.cine kata amende lah ko letak noktah ni bebanyak nak buat apa? well suka hati ar... jgn marah bro. HEPI CHINESE NEW YEAR . xder bende sebenarnya yang menarik saje tangan ni gatal nak menaip. next sem ambil major... waaaa... x tau nak ambil apa.nampak sangat  ehem... no comment lah. nanti masuk paper lah pula yer... next week kak ngah balik waaaa.... bestnyer. lama x jumpa. maklumlah Uniten jadual dia memang pelik giler. tgh menghitung hari.... well roomate gua a.k.a bestfriend gua cik cine akan bagi link untuk barang yang dia jual. so nanti sy akan postkan. kawan2 marilah beli barangan buatan malaysia.
em... so far aku beli jer dgn dia, barang baik, harga pun baik,well aku puas hati lah.... pendek kate memang menepati selere lah... hah jgn fikir2 yg bukan2. insya Allah kite jumpa lagi..... Salam.