Sunday, July 31, 2011

SaLam RaMaDhan............






Assalammualaikum.
Salam RamadHan semua...
Syukur kehadrat Allah SWT. Dengan IzinNya, insya Allah Esok kita bakal sambut Bulan Ramadhan.Ya Allah betapa rindunya dengan kehadiran bulan Ramadhan.  Bulan Al- Quran , pada bulan ramadhan diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia,  kehadiran Malam Lailatul Qadar. Bulan keberkatan, di ikat jin-jin dan syaitan malahan  di tutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan memperbanyakkan amalan. Insya Allah jika niat kita ikhlas Allah akan meredhai dan memakbulkan doa kita.
Di sini aku ingin berkongsi nikmat pada bulan ramadhan yg aku jumpa di laman sesawang...
5        Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan ialah  sumber (http://belogfadah.blogspot.com):-
1-Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.

2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.

3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.

4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias dengan penuh keindahan agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.

5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Hari pertama Ramadhan kali ini aku sambut tanpa kehadiran keluarga tercinta yang ada cik cine saya jer lah. J my mum mesti beli makan kegemaran anak-anak dia untuk berbuka dan apa yg pasti my mum mesti nangis bila lihat kerusi anak-anak dia kosong sampai tak lalu .. Itulah dia ibu saya....  Insya Allah, mak nanti hujung minggu nie kak Long pulang J
Start hari jumaat nie aku akan ambil exam untuk modern geometry diikuti ngan technology and mathematics education pada hari sabtu.  Entri ni maybe yang terakhir buat sementara waktu maklumlah bz ar... nak exam. Doakan saya dan seluruh warga UNIRAZAK yg ambil exam dpt jawab paper dengan baik. Insya Allah.
Dan juga sempena menyambut bulan puasa yg bakal tiba, marilah kita sama2 berdoa untuk saudara2 kita yg berada di negara bergolak, semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran, semoga Ramadhan yg menjelma tidak memadamkan semangat juang mereka malahan menyemarakkan lagi  jihad mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di pihak yg benar, mendengar doa hambanya ... semoga Allah memakbulkan doa mereka.
Ya Allah aku bersyukur kerana tidak perlu menghadapi semua itu. Semoga ramadhan Kali ini memberi seribu keinsafan, seribu keberkatan dalam mencari keredhaan Mu Allah.  Amin
p/s: Rindunya nak Terawih J
Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

Untuk seketika....

Assalamualaikum....
Usai solat subuh, aku cuba untuk melelapkan mata. X boleh. Aku pusing kiri dan kanan namun mata ini tetap x mahu terlena. Entah kenapa terlalu bnyk benda yg mengganggu fikiran yg menyukarkan ku untuk tidur semula, biasanya jgn harap lah, lepas subuh tidur punya. Itulah amalan ku yg  x baik sejak aku melangkah ke universiti . x tidur selepas subuh jika ada kelas saja. My mum membebel pasal ni. Hahahahahahaha.
Semalam,alhamdulillah.... terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memurahkan rezeki ini. Rezeki kedua org tua ku..... Mungkin tidak semua seperti ku yg mampu membayar yuran pengajian sendiri. Namun x semua yg tahu... perasaanku setiap kali berada di finance. Bukan aku tidak bersyukur, Cuma... Terus terang... perasaanku setiap sem tetap sama. Aku x tahulah apa org lain rasa, tapi bagi aku apa yg pasti perasaanku sentiasa berbaur... sukar untuk aku nyatakan.
“fazihah... ko senanglah... bayar sendiri..” bila dgr ayt nie aku hanya mampu tersenyum. Jauh di sudut hati aku tak tahu apa yg harus aku balas, apa sepatutnya mimik muka harus aku pamerkan. Tapi sebenarnya ayat yg lebih sesuai adalah “Alhamdulillah...” tipulah jika tidak pernah terlintas di fikiranku,  tidak pernah terdetik di hati ini...mungkin org ingt aku terlalu bergantung dgn org tua ku dalam setiap hal. Aku x bleh berdikari. Dan hal ini kadang2 mengusik resahku. Sebelum nie, aku pernah bagi tahu mamaku yg aku ingin membuat pinjaman, mamaku akan ckp pdku “Kak long, x perlulah... org tua mampu” Aku menyatakan pada mamaku betapa aku mahu berdikari... selepas belajar aku mahu bayar sendiri dan selebihnya aku mahu menangkis pandangan org lain yg aku x mampu hidup sendiri. Mamaku sentiasa kata kepadaku biarlah apa org nak ckp... dorg bukannya buat apa apa pun untuk kak Long. Aku hanya diam. Semasa aku di Uniten, Alhamdulillah aku di panggil untuk taklimat bagi permohonan biasiswa pelajar cemerlang. Aku rasa gembira sekali... mungkin aku dpt memujuk org tua ku untuk membuat permohonan tue. Telah ku khabarkan kpd org tua ku segala faedah ygakan  diperoleh melalui biasiswa tu.... jawapan tetap sama. Sejak itu aku x bertanya...
Cuma semasa aku di Unirazak aku mendengar sendiri jawapan dari bapaku... bila kawannya bertanya kepadanya mengenai ku
“Bang.... kenapalah abg tdk bg anak abg mohon biasiswa... kah pinjaman  kan senang nanti”
“x payah lah... org tua bekerja kuat untuk kesenangan anak-anaknya... satu kepuasan bagi seorng bapa jika dia dapat menanggung anaknya....”
Jawapan itu cukup menyentuh hati aku ingin saja aku memeluk bapaku dr belakang. Aku memandang keluar tingkap. Air mataku bergenang masa tue. Perbualan dalam kereta seakan angin sj di telinga ku. Org yg rapat dgnku pernah menyatakan kepadaku. Namun hatiku seakan sukar untuk menerima. Namun haritu... Aku bertekad akan membalas jasa org tuaku... akan menyayangi mereka walau apa jua berlaku. Setiap kali aku katakan pada diri ku. “Ya Allah maafkan aku andai aku bukan anak yg baik untuk kedua org tuaku, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kepada ku YA Allah...” Cuma aku agak emo kemarin. Mungkin sebab aku rasa sedih pointer aku jatuh aku rasa aku telah mengecewakan org tua ku.. macam yuran ku tdk berbaloi dgn usahaku. Walaupun org tuaku x kisah dan sentiasa memberi sokonngan kpdku aku tetap rasa bersalah.  Insya Allah i’ll do my best for this sem.
Semalam entah kenapa aku agak emo, perbualanku dgn mereka yg menelefon ku sahut hambar. Pertanyaan kak ngah ku balas malas. Hingga kak ngah bertanya kepadaku kenapa ku x bnyk bercerita dan lebih bnyk diam. Aku memberi pelbagai alasan menutup resah di hatiku. Begitu jg dgn “dia” .
“Sitti.... awak ok ker?” aku terasa sebak bila di tanya begitu. Aku bukan lah org yg mudah menangis, walaupun bnyk benda yg berlaku dlm hidupku... aku jenis yg sukar untuk menangis. Cuma semalam aku jd “manusia” yg mudah terusik jiwanya.  Maafkan sy awak... I just need some space. Tidak terucap kata-kata. Aku tahu aku telah membuatnya risau.. walaupun dia sibuk dia tetap menelefonku. Bukannya aku x persaan yg bunyi jari jemarinya yg rancak menaip di keyboard terhenti bila dia bertanya keadaan ku. Aku tahu jwpnku kepadanya seakan tidak wajar di terima. Mujur dia memahami. Sekali lg sy minta maaf.
Satu habit aku yg berubah, bila aku ada masalah... aku lebih gemar mengasingkan diri dan membiarkan lampu tertutup. just memberi ruang pada diri sendiri. entahlah.. bagi aku i’m doing good drpd marah2... melempiaskan pada semua org. I’m learned from the past. Bila aku gagal mengawal emosi, aku lampiaskan marahku. Terus terang aku pemendam dan perahsia org nya, tp bila ia dah melebihi thp kesabaran dan ketenangan ku aku boleh jd org yg “garang” hahahahaha. Cine bgtahu aku... aku menakutkannya. Alhamdulillah sekarg nie dah “OK” hahahahahaha. Emmmm.... x senang sebenarnya mahu jadi Sitti fazihah Abd haman nie. Cukuplah if dorg ingt aku “stone Cold”
Hari ini insya Allah mahu keluar cari barang.... jd x bleh sedih2... walau apa jua masalah ku, kalau bleh aku x mahu mengheret org lain bersama. Alhamdulillah mereka “fhm” perangai cik sitti sorg nie....
Doakan perjalan saya.... Insya Allah Amin.
Assalammualaikum...

Sunday, July 17, 2011

~ My Work~

Assalammualaikum....
Agak penat jg menyiapkan assgnment public speaking. Kata cine masa bukan masalahnya tetapi kekurangan peralatan. Dgn hanya berbekalkan hp aku yg hanya mempunyai 3.2 mega pixel dan hp Tina, Alhamdulillah siap jg kerja kami. Salah satu maslah kami ialah bila hp aku buat hal di saat- sat akhir. “jam”. Geram pun ada. Tp aku patut berterima  kasih “kepadanya”. Kerana aku “memaksanya”bekerja melampaui kudratnya. Aku syg sngt hp tu.. walau macamana dia meragam, walau macamana pun aku kena perbaiki kerosakannya aku x akan sesekali meninggalkannya selagi dia masih boleh di pakai.  Sampai pukul 2 pagi. aku ngan cine berjaga menyiappkan asgnmt, ingtkan dpt siap awal... lucu jg perbualan kami yg awalnya rancak semakin “slow” masing2 pun penat n x sbr nak siapkan asgnmt nie.
1st time lambat pg kelas public speaking. Demi  Allah , aku x suka dtg kelas lambat... rasa mcm lambt jer kereta cine bw. Walhal sama jer masa perjalanan. Tapi mungkin mahu cepat hati terasa lambat. Nasib baik ada cine... di saat-saat akhir dia dpt burn dvd, laptop aku x dpt buat. Aku x tahu software apa yg ada dlm laptop aku since dia baru jer kena format, thanx to Amir yg tolong format laptop aku.. Jd pening jglah time nak buat baru explore kegunaan software. Semak dah dekstop aku ngan software2 tu hahahahahaha. Tetiba cine tanya pasal scene tambahan yg aku suruh add bg tambahkan masa video kami.
Cine: bro bila ko fikir idea tu? Masa ko baru bangun or masa mandi?
Aku ketawa yelah actually benda tu spontan jer sebenarnya
Aku: bro.. spontan tu bro. Time ckp ngan dorg time tu juga aku fikir
Aku agak lucu jg ar yalah dia ingat aku plan benda tue... aku siap memvolunteerkan diri jadi jurucakap bagi setiap yg scene, yg lain jd watak dalam scene. Aku rasa macam leader n director plak bgtahu apa dorg buat. Hahahahaha. Aku ingin minta maaf ngan cine yalah aku ambil gambar dia sampai part mulut jer. Demi Allah bro. Aku xda intention pun buat mcm tue. Susah jg mahu ckp. Tapi i admitted my mistakes. Huhuhuhuhuhu…
Now hanya tinggal assignment  major. Presentation. Ya Allah permudahkanlah urusan aku ngan cine. Aku harap dpt tingkatkan pointer dalam sem nie….. Insya Allah.  Saja jer tulis2 sementara tunggu waktu asar menjelang tiba. Sedap rasa hati bila menanti waktu solat. J

Assalammualaikum….

Friday, July 15, 2011

ImPiAnKu........


IMpIANKu..........


Assalammualaikum w.b.t


Bumi Allah basah dihujani hujan syukur tdk terhingga kepada Mu Allah atas Rahmat yg tidak terhingga.  Usai menunaikan solat asar hati teringin sekali untuk berbicara, sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menari membentuk bait-bait indah..... ceh....................

Hari ini aku ingin sekali berkongsi mengenai impianku, yg kukira semua org pun punya impian masing-masing. :) Jika ada yg bertanya kepadaku apa kesukaanku? Terus terang ku katakan aku gemar untuk melukis dan mewarna. Jika ada yg bertanya apa Impianku? Suka ku nyatakan yg aku berharap agar suatu hari nanti baju-baju yg kureka di atas kertas akan akan membentuk suatu pakaian indah yg dapat di pakai oleh semua org tidak kira usia,rupa dan bentuk tubuh.
Pernah ku nyatakan hasrat kepada ibuku untuk mengikuti diploma seni reka kerana aku ingin sekali menjadi pereka fesyen. Tetapi ibuku menolak saranan ku dgn alasan ia tdk menjamin masa depan. Aku rasa sungguh kecewa dan masa tu aku hanya menurut dan membiarkan impianku itu berlalu begitu sahaja. Malah lukisan-lukisan rekaan ku yg ku tampal di dinding kamarku telah ku simpan semuanya di dalam fail. Sejak itu aku sdh berhenti mereka baju. Aku ingin berfikiran positif yg ibuku mahu yg terbaik untukku.
...........................................................................................

Aku berjumpa dgn cine(one of my bestfriend)... insan pelik yg suka melukis mata. Entah kenapa hati tercuit dgn gayanya malahan buku ku turut menjadi sasarannya. Hingga bila aku study aku tertawa sendirian bila melihat lembaian kertas bukuku bercorakkan mata. Aih...Aku rasa ada yg ingt aku gila.hahahahaha. Malah aku turut bagi lukisan-lukisanku kepadanya. Buat pertama kali aku lukis Cartoon “spongebob” sebab aku selalu mendengar dia bercerita mengenainya. Aku x tgk benda tue. Buat pertama kali setelah sekian lama, aku bersungguh-sungguh untuk melukis sesuatu. Aku jg cerewet dalam memastikan kekemasan lukisan. Tapi aku gembira sebenarnya. Dia menghargai hasil kerja ku.

Semasa aku di uniten, minatku ku semakin bertambah. Aku geli hati hati melihat lukisan cine di dinding bilik kami, sampai aku boleh ketawa ketika kami study. Yalah mengadap dia bermakna tgk dinding belakang tu jg. UNIK betul lah. Cuma satu ku suka mungkin aku x pernah puji dia... Dia lukis mata dgn cantik sekali. Tidak keterlaluan ku katakan  ia sempurna di mataku.  Aku pun mula start reka baju semula just suka-suka.Malahan  Seseorg telah memberitahuku yg kita boleh buat apa yg kita mahu asalkan niat kita ikhlas. Lucu jg org yg selalu berbahas dgn ku kini menjadi seseorg yg teristimewa di hatiku, yg selalu memberi kata-kata semangat. :)

Semasa aku pindah di UniRazak KK, cine meminta aku mereka baju untuknya. Terus terang perasaan ku berbaur masa tue. Yalah x sangka ada jg yg nak aku reka baju untuk dia warna.n nerves jg lama sdh x melukis. Dia nie suka betul ngan warna. Dan teliti orgnya. Aku pun start lukis baju. Dia kata kena complete 1 fail. Kekeringan idea n malas nak lukis sebenarnya, kena ikut ada mood menyebabkan lambt betul 1 fail tu nak hbs. 2 tahun rasanya. Hahahahahaha bising jg dia. Sori ar Bro. Aku gembira sebenarnya buat benda tu. Cuma cine skang dah pandai komen, if ada dia x suka aku kena ikut n repair lah .... anyway aku suka.... asyik suka jer dr td. Hahahaha. X lah atleast dia tahu apa yg terbaik. Walaupun kadang-kadang aku bergaduh jg dgn dia. man sah if x bergaduh sehari ngan dia. Dia akan warna baju-baju tue. Lawa jg dia warna, asyik puji jer.... tp btol lah... sampai aku kata ngan dia nant kita buka butik, aku buat baju ko jual. Cine suka berniaga... ngam lah tu. Aku ni pemalu cikit.... hahahahahaha

Aku sdh bgtahu ibuku. Aku mahu belajar menjahit dan mahu buka butik satu hari nanti. Alhamdulillah berkat doa... ibuku mengizinkan dgn syarat aku habiskan belajar dulu dan jd guru. Insya Allah.... Aku bersyukur, Allah dgr doa ku. Dan aku tahu yg Allah selalu Mendengar doa setiap HambaNya. Kita hanya perlu bersabar. Insya Allah jika niat kita ikhlas Allah akan dgr dan kabulkan doa kita.  Sungguh restu org tua itu amat penting bg seorg anak. Thanks to my parents, yg sentiasa memahami hati anknya. Tindakan ibuku ada benarnya, apa yg berlaku ada hikmahnya.. jika tidak aku mungkin tidak seperti sekarang.  Kini aku bakal bergelar pendidik. Insya Allah hanya tinggal 3 semester lg. semoga di makbulkan.. kedua dua impianku tercapai. Aku jumpa cine baru aku start lukis pakaian muslimah. (malisah pernah suruh aku design baju raya dia masa form 5). Aku acah jer ckp dgn dia mau design and jual mini skirt hahahahaha. Aku tahu islam tidak menghalalkan cara.... now aku hanya design pakaian muslimah saja. Tu pun untuk suka2 antara aku ngan cine. Cine jd pngomen ku yg setia. Thanx Bro... Love you so much. Thanks mama n bapa sebab izinkan anakmu ini buat benda dia suka. kak Long tahu mama n bapa sentiasa mau yg terbaik untuk kak long. insya Allah kak long akan penuhi impian mama n bapa untuk dapatkan segelung ijazah. N buat yg tersayang thanks so much coz always  be there listen to my stories and never stop to encourage me. :) 

Doakan saya.....

Assalammualaikum. :)


Monday, July 4, 2011

Start sem

salam,
 agak lama jg x menulis di blog, selalu buka blog org lain hingga i lupa plak yg i ada blog :). sem lalu agak menduka citakan, anyway aku bersyukur dgn result. may be it is not good enough but i satisfied with it. this sem aku dah start ambil major. so, ia agak penat jg untuk catch up all the assignment, insya Allah semua berjalan dgn lancar. pray for me. jika dulu aku ragu dgn keupayaan ku untuk jd guru. now i work for it.. i try to built my confidence even its tough but its too late to reverse and i dont want to let people that i loved felt disappointed. 
gambate!!!!!

salam.