Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum.









Lamanya tak update blog. tak tau apa nak dikongsi sebenarnya. Alhamdulillah, dengan izinNya Insha Allah besok hari pertama kita akan berpuasa. Alhamdulillah sy baru selesai solat terawih di masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat dengan rumah. Jemaah tidak ramai sangat memandangkan ramai pelajar telah pulang disebabkan cuti semester telah bermula... salah satunya adik sy lah tu. Ramadhan kali ini first time puasa dengan abam di KK selepas habis degree. yalah last year i kat LD jer. kesian Abam sambut bday temankan aku. coz ada perkara nak settle kan sebelum blah KK.

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana adik bongsu sy Khairi Mannan bin Abd Haman mendapat keputusan yang cemerlang dlm SPM. dan Alhamdulillah dia baru shj melanjutkan pelajaran ke Universiti malaya dalam asasi SainS hayat. Kak Long doakan semoga Kayi(panggilan Manja) sentiasa cemerlang di dunia dan Akhirat. Jangan lupa Allah, tunaikan solat, memperbanyakkan selawat , jangan lupa Mak bapa dan keluarga. terima kasihlah dengar juga cakap kak long. walaupun dulu x suka kan. Alhamdulillah semuanya untuk kebaikan kayi. dan sekarang pandangan kak long penting juga... terasa diri dihargai. ceh....

Sebelum tu tahniah kepada BFF saya yang tercinta.sapa baca blog ni tahulah. Alhamdulillah dia baru sahaja melahirkan anak sulung beliau. Mujahid Iman Alfateh. masya Allah coooomel sangat. mata lu la bro. xper ciksiti sayaaang. Tunggu ciksiti pulang yer. Berlagak muda takmo "mak" di depan.

Akhir kata sy doakan semoga Ramadhan kali ini membawa nur kepada kita semua, mempertingkatkan amalan kita, bermuhasabah diri dalam menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keredhaanNya kepada kita semua. Allahumma Aamiin.

p/s kredit pic dr pkck google.

wassalam


Wednesday, April 9, 2014



Assalammualaikum.







Ketika jari jemari ini menari mencernakan idea-idea asigment yang tertunggak sambil mendengar lagu-lagu lama Siti Nurhaliza, fikiran menerawang jauh mengimbau masa lalu.. aku dibesarkan dengan lagu-lagu siti nurhaliza. Tidak hairanlah jika dalam kereta mesti terdapat CD siti. Waktu kecil dulu, aku siap pinjam kaset kawan. Masa tu kaset lagi.. duduk tepi radio. Dan tekan pause and play just untuk salin lirik… alahai sekarang main gooooogle jer. Ok lah tu membantu pendengaran dan daya ingatan kannn. Mau dengar dengan jelas apa siti nyanyi and ingat apa dia nak nyanyi sebelum salin. Aku peruntukan buku khas tau untuk lagu siti. Pastu praktis nyanyi and feeling jadi siti ler kejap.. hahahahaha. Aduhai, malu lah juga ingat balik.

Tetapi itulah antara memori terindah dalam hidup yang boleh diceritakan kepada anak cucu nanti mak or nenek dorang ni macamana.  Banyak-banyak lagu siti aku tetap suka lagu- lagu lama dia. Feeling jiwang sangat. Kan time tu… rentak balada femes giler right. Jerat percintaan, kau kekasihku, wajah kekasih, diari hatimu, gelora asmara , kesilapanku keegooanmu dan banyak lagi. Fuuuuhhhh Dengar tajuk pun tahu tahap jiwang kan. Owh tak lupa juga hati kama. Ni lagu yng cine chop lagu aku. Well aku memang aku suka sangat lag tu. Best music dia. Dia sajeerr jer perli. Aku kan suka dengar. Suka hatilah. Suara siti sedap dan sangat lunak sampai sekarang. Even siti nyanyi lagu orang pun sedaaap jer dengar dia bawa.

So tetiba nak tengok konsert pertama dia masa awal kemunculan dia.. kurus gi siti masa tu. Macam aku kan.. namapk sangat meniipu. Well kawan sekolah aku tahulah mcmn saiz aku kannnn.Hahahahaha, memang tak sangka masih ingat lagi lirik tu. Emm apalah aku buat time sekolah tu macam enjoy sajer. Adik2 dengar lagu dengar juga tau tapi pelajaran jangan lupa. Jangan lah sampai melalaikan kita pula ok. Tu jer nak taip sebenarnya.. k nak sambung kojerrr.saya tinggalkan lirik lagu jerat percintaan sajer... kredit lagu http://www.1liriklagu.com.  Gambar siti dari google kena cari yang bertudung. siti dah pakai tudung kan.
Assalammulaikum.



Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya


Saturday, March 8, 2014

my 1st day

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai kelas pertama Kuliah penakulan data (kuantitatif) yg disampaikan oleh Dr. Suhaimi Taat. kelas pertama memang diisi dengan muka muka ceria rakan -rakan yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah semua orang lulus dengan jayanya. well, kuliah pertama selepas cuti... memang blur. hahahaha begitu juga dengan geng ayam penyet. Kumpulan aku memang meriah dengan geng labuan kakak-kakak dan cikgu (lelaki) pensyarah matrikulasi yang sentiasa memeriahkan kelas dengan soalan -soalan panas.. ceh. x adalah,  soalan yang diajukan dapat menambah ilmu yang sememangnya kurang . akan tetapi harini kurang soalan maybe penat dengan tugas serta perjalanan jauh  yang ditempuh, bak kata orang enjin belum panas. aku lagilah memang senyap jer dalam kelas.

Makan nasi ayam penyet memang tak sah pada setiap kali kuliah. arini tukar selera lah pulak... bukan tukar menu tapi restoran jer. Kami makan di Restoran Resepi mama. well not bad. sedap jg. tapi sambal warung padang jawa tetap lagilah power. pedas hahaha. tp masuk kelas after makan memang menguji keimanan. time tulah menguap berapa kali yer... apa yg dr. cakap masuk telinga kanan kuar telinga kiri. kenapa lah i x tutup telinga kiri.. biar info tu stay dekat otak jer. hahahaha. aku dah tengok eca. bro.. ngantuk. eca pun mengiakan. semuanya pasrah menunggu bila lah kelas berakhir. adui..aku sudah start berbrop ngan eca.. dulu aku dengan cine yang berbro... alahai rindu plak i dengan minah tue.. 

Besok kelas ada lagi tapi setengah hari saja. almaklumlah bagi laluan geng labuan kejar feri dan mereka yang tinggal jauh untuk pulang. aku memang tabik lah dengan mereka semua ialah mana mau kuliah lagi.. keje lagi.. pensyarah matikulasi kerja pagi sampai petang ... harap-harap aku tak tido time kelas.. tu kepantangan tu. ambik ko fazihah ko suka sound student ko tido kan. skang ko rasa. gambar atas tu masa taklimat masa daftar mula mula masuk UMS. nampak sangat bosan kan time taklimat bukan mau dengar orang cakap. hahaha. dengar bah juga.

Sebelum itu. arini kita dikejutkan dengan berita mengenai pesawat Mas MH370 yang sepatutnya berlepas ke Beijing yang hilang dari radar. Semua rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita ini. Sama -sama kita berdoa semoga Allah memudahkan semua operasi mengesan mereka dan semua penumpang dalam keadaan selamat. Amin.

p/s Jangan tido time kelas

Assalammualaikum
 

Friday, March 7, 2014

Aku pelajar master


Assalammualaikum.





waa... lama giler aku x update blog.. bukan bersawang dah reput dah. hahaha. bila korang baca title aku ni automatik degree aku dah habis. alhamdulillah tanggal 9/11/2013 aku dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan Unirazak bertempat di pwtc. tgk lah if rajin n ada mood aku citer. ni mmg xda mood.aku sambung Master di universiti Malasia sabah.. UMS.. ala.. dekat jer. bersama kawan baik aku Siti Asha Awang Aman aka miss eca. eca kawan lama merangkap rakan seperjuangan masa degree di Unirazak. well so far alhamdulillah ok. dah nak start sem 2 dah besok.. waa x sabarnya jumpa classmate n geng ayam penyet. geng ayam penyet adalah gelaran eca bagi buat kami berempat. aku, eca, kak widya n kak nyra. untuk citer selanjutnya pasal geng ayam penyet ni korang bleh baca sini. tu post eca..i tumpag jer. eca rajin buat blog n design blog lawa2.. kira dia otai lah... ceh...banyak citer suka dan duka sepanjang tahun lepas. tapi yang penting jangan risau dan sedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita. jangan pernah berhenti berdoa ya. insha allah aku akan cuba updated selalu.. nak isi masa lapang kan... sebagai permulaan blog ni dah kaler purple oklah kan.. sajer nak ambil feel. tahun baru kan. doakan saya dan kawan2 selamat  menempuh sem baru dengan tabah dan sabar yer..

Assalammualaikum