Saturday, March 8, 2014

my 1st day

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai kelas pertama Kuliah penakulan data (kuantitatif) yg disampaikan oleh Dr. Suhaimi Taat. kelas pertama memang diisi dengan muka muka ceria rakan -rakan yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah semua orang lulus dengan jayanya. well, kuliah pertama selepas cuti... memang blur. hahahaha begitu juga dengan geng ayam penyet. Kumpulan aku memang meriah dengan geng labuan kakak-kakak dan cikgu (lelaki) pensyarah matrikulasi yang sentiasa memeriahkan kelas dengan soalan -soalan panas.. ceh. x adalah,  soalan yang diajukan dapat menambah ilmu yang sememangnya kurang . akan tetapi harini kurang soalan maybe penat dengan tugas serta perjalanan jauh  yang ditempuh, bak kata orang enjin belum panas. aku lagilah memang senyap jer dalam kelas.

Makan nasi ayam penyet memang tak sah pada setiap kali kuliah. arini tukar selera lah pulak... bukan tukar menu tapi restoran jer. Kami makan di Restoran Resepi mama. well not bad. sedap jg. tapi sambal warung padang jawa tetap lagilah power. pedas hahaha. tp masuk kelas after makan memang menguji keimanan. time tulah menguap berapa kali yer... apa yg dr. cakap masuk telinga kanan kuar telinga kiri. kenapa lah i x tutup telinga kiri.. biar info tu stay dekat otak jer. hahahaha. aku dah tengok eca. bro.. ngantuk. eca pun mengiakan. semuanya pasrah menunggu bila lah kelas berakhir. adui..aku sudah start berbrop ngan eca.. dulu aku dengan cine yang berbro... alahai rindu plak i dengan minah tue.. 

Besok kelas ada lagi tapi setengah hari saja. almaklumlah bagi laluan geng labuan kejar feri dan mereka yang tinggal jauh untuk pulang. aku memang tabik lah dengan mereka semua ialah mana mau kuliah lagi.. keje lagi.. pensyarah matikulasi kerja pagi sampai petang ... harap-harap aku tak tido time kelas.. tu kepantangan tu. ambik ko fazihah ko suka sound student ko tido kan. skang ko rasa. gambar atas tu masa taklimat masa daftar mula mula masuk UMS. nampak sangat bosan kan time taklimat bukan mau dengar orang cakap. hahaha. dengar bah juga.

Sebelum itu. arini kita dikejutkan dengan berita mengenai pesawat Mas MH370 yang sepatutnya berlepas ke Beijing yang hilang dari radar. Semua rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita ini. Sama -sama kita berdoa semoga Allah memudahkan semua operasi mengesan mereka dan semua penumpang dalam keadaan selamat. Amin.

p/s Jangan tido time kelas

Assalammualaikum
 

Friday, March 7, 2014

Aku pelajar master


Assalammualaikum.





waa... lama giler aku x update blog.. bukan bersawang dah reput dah. hahaha. bila korang baca title aku ni automatik degree aku dah habis. alhamdulillah tanggal 9/11/2013 aku dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan Unirazak bertempat di pwtc. tgk lah if rajin n ada mood aku citer. ni mmg xda mood.aku sambung Master di universiti Malasia sabah.. UMS.. ala.. dekat jer. bersama kawan baik aku Siti Asha Awang Aman aka miss eca. eca kawan lama merangkap rakan seperjuangan masa degree di Unirazak. well so far alhamdulillah ok. dah nak start sem 2 dah besok.. waa x sabarnya jumpa classmate n geng ayam penyet. geng ayam penyet adalah gelaran eca bagi buat kami berempat. aku, eca, kak widya n kak nyra. untuk citer selanjutnya pasal geng ayam penyet ni korang bleh baca sini. tu post eca..i tumpag jer. eca rajin buat blog n design blog lawa2.. kira dia otai lah... ceh...banyak citer suka dan duka sepanjang tahun lepas. tapi yang penting jangan risau dan sedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita. jangan pernah berhenti berdoa ya. insha allah aku akan cuba updated selalu.. nak isi masa lapang kan... sebagai permulaan blog ni dah kaler purple oklah kan.. sajer nak ambil feel. tahun baru kan. doakan saya dan kawan2 selamat  menempuh sem baru dengan tabah dan sabar yer..

Assalammualaikum