Monday, May 30, 2011

FILEM NURKASIH

Salam, lama x buat entri. aku agak bz baru2 nie. baru balik KK alhamdulillah tercapai jg niat mau tgk filem nurkasih (FNK) dgn special one.... hahahahahaha adik aku kak su. cerite dia memang best giler dan aku rasa x rugi membeli tiket. nie satu2nya movie melayu yg aku tgk d pwagam yg aku betul2 puas hati. x sabar nak jejak kaki ke growball. dulu punya liat 1st time and last time aku pg growball aritu tgk khurafat ngan adik2ku + cine. kak ngah sponsor tiket tu yg layan jer.. padahal dulu d alamanda hampir setiap bulan sekali mesti pg tgk wayang. hahahahaha. berbalik ngan FNK cerite dia ngan muzik selari ar beb sapa2 peminat nurkasih mesti terbuai punyer. memang kena sedia tisu2 banyak2... sedih jg ceriter dia. tp aku just tersentuh je lah..xlah sampai thp nangis. tapi bila aku tgk adik aku, kak su dah menangis sebelah aku. terketawa jg aku d pawagam. aku plak yg bg tisu.ending dia memang lain dari yg lain x d jangka. sapa2 yg x follow drama jgn risau, dia bg tahu sinopsis d awal filem. sekarang masih ada time g nak tgk........ jd sapa yg blum tgk p lah tgk. salah satu sebab aku nak tgk filem ni jg sebab pengarah dia khabir bhatia... semua filem and drama dia best2.  (kekasihku seru, sepi, penunggu gunung raya.....) jgn lupa tgk. (>_^)

salam.
p/s: suka tgk anak Aidil Ilyas dan mariam. adam and nur jgn cerite ar best gler.....

Wednesday, May 18, 2011

NURKASIH

Salam. Esok 19 MEI 2011 Nur Kasih akan menjengah pawagam.wah x sabarnya. aku memang giler dengan drama nurkasih. aku teringat cine mempermainkan aku maklumlah dia dah bc dulu sinopsis, aku x nak bc nanti spoiled ar maklumlah aku dah follow dari awal x nak ar kacau lah mind set and feeling nak tgk. dia ckp nur mengandung n adam dah xda nanti... mak oi... aku cakap aku x nak percaya tapi tiap kali drama main nerbes jg n termakan jg apa dia ckp. sampai ke sudah aku tunggu nur tu mengandung. x juga. last2 dia bgtau dia main2 jer..... hahahahahaha. cine2... nasib baik aku syg ko... :) lusa nanti pg KK. harap2 dpt tiket tgk movie nurkasih. Insya Allah...... nanti ngan kak su. takut habis plak yalah ari sabtu plak tu. nak tahu juga apa kesinambungan cerita ADAM, AIDIL dan Nur............

jgn lupa layan lagu Mila bertemu cinta, OST nurkasih..... ambil mood aku suke giler dgn lagu nie. jom ramai2 tgk Nurkasih the Movie.... harap pecah panggung. insya Allah... Salam.

Tuesday, May 17, 2011

Menyusuri Kenangan


Salam. Melihat pemandangan perjalanan di antara sekolah ugama kg haji khamis (SUIS) dengan kawasan rumahku mengundang banyak kenangan pahit dan manis yang pernah berlaku dalam hidupku. Ia membuatku tersenyum bila terkenang masa lalu. Melihat bunga yg berada di laluan masuk kg hj khamis mengingatkan ku pada seseorang..... seseorang yang mengajar ku cara  bersyukur dan menikmati kehidupan.
Aku terasa sngt lah geram bila bapa aku kata mulai hari nie aku akan berjalan kaki dari sekolah ugama sampai balik rumah. Nak jak aku kata aku tak mahu ke sekolah. Bapa x dpt ambil aku, di sebabkan bapa aku sibuk mengusahakn kebun selepas waktu pejabat. Masa tu bapa ku baru mengusahakan kebun dan my mum pun x ada lesen dan masih kerja ikut shift. Dah lah aku bengang bapa aku hantar aku jam 1 petang. Habis ja sekolah melayu, bapa terus hantar aku pg sekolah ugama yang bermula jam 2. Of course akulah manusia yg paling awal sekali dalam sekolah tu..... even ustazah pun belum masuk lagi.  Bukan apa, sekolah aku tu tempat tersangatlah strategik, sebelah kawasan perkuburan. Pernah satu ketika, aku masuk kelas aku ternampak seorang pompuan yg aku ingat kwn aku habibah. Jadi aku pun terus jer letak beg n pg depan papan hitam. “bibah, ko dah siap tajwidka?” x da sahutan dari bibah membuatku berpaling ke belakang.... mak oi.... line clear beg pun xda. Beg aku jer cun landing situ. Aku palagi... pecut ar pegi kedai mkcik depan tu... aih, watson nyambek pun kalah lah...  sejak dari aritu aku memang tunggu kwn2 aku dtg baru masuk kelas....weiiii... x berani ar.petang tu 1st time jalan kaki balik umah. Melihat kawan2 aku menunggu bas menimbulkan rasa jeles di hati... yelah muka cun jalan kaki beb... x da ar... bila memikirkan betapa jauh aku nak jalan. Aku melintas untuk ke seberang, aku menghampiri seorang budak peremuan yg ku kira muda dari aku.. aku tinggi ar dari dia.
“nama ko sapa?”
“Bunga....(sebenarnya ada lagi belakang dia x ingt lah ...).”
“ko darjah berapa?”
“darjah dua” (see..... if cine dgr habislah aku xder paper pasal ketinggian.... setuju bro J )
“oh muda lagi... akak darjah empat”
“selalu jalan kaki?”soal ku
“ya.. hari2” jawapan tu menerbitkan rasa kagum di hatiku. Yalah aku baru hari nie dah bising. Kami menyusuri landasan lapangan terbang lahad datu.
“akak nampak rumah tu..” aku melihat tempat yg ditunjuk. Seberang landasan kapal terbang, ku lihat ada perkampungan.
“itulah rumah saya” aku terkedu.
“jadi macam mana mau pegi sana?” soalku bila aku x nampak pun sebarang shortcut.
“pusing depan sana kak, limpas ni airport” jauhnya bisikku.... budak sekecil itu berjalan sendiri.
“ko sekolah melayu di mana?”soalku
“saya x sekolah melayu. Bapa saya hanya bawa lori, adik2 saya ramai, saya syukur sangat dapat belajar agama. Ni pun dah cukup bagi saya”ujarnya
 entah kenapa aku rasa malu. Ya... i got everytng ...keadaan aku dgn dia jauh berbeza. Aku bertuah parents aku mampu menghantar aku ke sekolah agama dan melayu. Keaadaan rumah aku lebih selesa berbanding dgn dia. Itupun aku mengeluh hanya kerana kesibukan org tua ku yg memerlukan kudrat ku untuk berdikari. Jalan kaki.... itupun susah... sungguh baru ari itu aku faham dan tahu, sebenarnya ada org lain lagi yg lebih susah, dan mereka gembira dgn keaadan itu kerana mereka tahu bersyukur dgn apa yg mereka ada. Aku tersenyum... Ya Allah maafkan aku.
Ku lihat Bunga memetik bunga2 di tepi jalan. Aku menghampirinya.
“bunga.... buat apa dgn bunga tu?” soalku pelik
“mak saya suka bunga... bunga nie untuk mak, boleh lah tanam depan rumah. Mesti cantik” aku tersenyum. Luhurnya hati seorang budak pompuan bernama Bunga. Aku mencapai bunga di depanku. Aku tersenyum ke arahnya.
“akak tolong...”balasku perjalanan ku tidak sunyi bertemankan bunga. Dia gemar bercerita. Dan aku terhibur mendengarnya. Langkah ku terhenti melihat susuk tubuh yg ku kenali di depan ku. Mama. Jeritku kegembiraan. My mum sanggup jalan kaki dari rumah ke airport lahad datu. Baju yg mama pakai cukup menyentuh hatiku. Mama hanya ber t-shirt dan seluar kerja. Mesti mama kelam kabut tukar baju untuk ambil aku, sebab risau nie 1st time aku jalan kaki. Aku memeluk mama ku... ingin ja aku beritahu dengannya yg aku sngt menyayanginya.
“siapa tu ? apa dia buat?” soal mama
Aku tersenyum.....
“bunga ma... dia petik bunga untuk mak dia” ujarku sambil melihat bunga.
Kami berpisah di satu simpang. Bunga akan ke kiri manakala aku akan jalan lagi ke depan. Aku melambai tangan ke arah bunga sambil tersenyum.
“ma....”
“em....’
“besok x payah ambil kak long lagi... nanti kak long tahu juga balik sendiri” genggaman tangan ku ngan mama ku kemaskan. Mama memandang ku pelik. Aku tersenyum....
Terima kasih bunga....
Ari itu adalah salah kenangan yg terindah dalam hidupku. Bermulalah persahabatnku dgn bunga. Sehingga sampai satu ketika, aku menantinya, dan dia tidak kunjung tiba. Aku tidak pernah nampak dia  di sekolah. Menyebabkan aku tertanya sama ada dia sdh berhenti sekolah.
Kini sdh 13 tahun  ia berlalu. Terima kasih bunga.. kerana menyedarkan aku. Ya Allah...terima kasih kerana menemukan aku dgn insan yg baik seperti dia. Semoga hidupnya mendapat keredhaan-Mu.Aku kini lebih beryukur dgn apa yg ada. Org tuaku berkorban masa dan mengerah keringat demi kesenangan kami adik berdik.  Ingatlah pengorbanan orang tua kita... walau apa jua yg berlaku dalam hidupku, aku amat menyayangi dan mencintai org tuaku dan keluargaku. Buat encik Abdul Haman bin mohd yasin dan Sitti fatimah binti motor... “selamat hari ibu dan bapa” hanya Allah dapat balas jasa bapa dan mama.

 Jagalah hati org tua kita, salah satu pintu masuk ke syurga ialah melalui keredhaan org tua kita. J Salam.