Sunday, July 31, 2011

SaLam RaMaDhan............






Assalammualaikum.
Salam RamadHan semua...
Syukur kehadrat Allah SWT. Dengan IzinNya, insya Allah Esok kita bakal sambut Bulan Ramadhan.Ya Allah betapa rindunya dengan kehadiran bulan Ramadhan.  Bulan Al- Quran , pada bulan ramadhan diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia,  kehadiran Malam Lailatul Qadar. Bulan keberkatan, di ikat jin-jin dan syaitan malahan  di tutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan memperbanyakkan amalan. Insya Allah jika niat kita ikhlas Allah akan meredhai dan memakbulkan doa kita.
Di sini aku ingin berkongsi nikmat pada bulan ramadhan yg aku jumpa di laman sesawang...
5        Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan ialah  sumber (http://belogfadah.blogspot.com):-
1-Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.

2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.

3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.

4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias dengan penuh keindahan agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.

5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Hari pertama Ramadhan kali ini aku sambut tanpa kehadiran keluarga tercinta yang ada cik cine saya jer lah. J my mum mesti beli makan kegemaran anak-anak dia untuk berbuka dan apa yg pasti my mum mesti nangis bila lihat kerusi anak-anak dia kosong sampai tak lalu .. Itulah dia ibu saya....  Insya Allah, mak nanti hujung minggu nie kak Long pulang J
Start hari jumaat nie aku akan ambil exam untuk modern geometry diikuti ngan technology and mathematics education pada hari sabtu.  Entri ni maybe yang terakhir buat sementara waktu maklumlah bz ar... nak exam. Doakan saya dan seluruh warga UNIRAZAK yg ambil exam dpt jawab paper dengan baik. Insya Allah.
Dan juga sempena menyambut bulan puasa yg bakal tiba, marilah kita sama2 berdoa untuk saudara2 kita yg berada di negara bergolak, semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran, semoga Ramadhan yg menjelma tidak memadamkan semangat juang mereka malahan menyemarakkan lagi  jihad mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di pihak yg benar, mendengar doa hambanya ... semoga Allah memakbulkan doa mereka.
Ya Allah aku bersyukur kerana tidak perlu menghadapi semua itu. Semoga ramadhan Kali ini memberi seribu keinsafan, seribu keberkatan dalam mencari keredhaan Mu Allah.  Amin
p/s: Rindunya nak Terawih J
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment