Monday, July 18, 2011

Untuk seketika....

Assalamualaikum....
Usai solat subuh, aku cuba untuk melelapkan mata. X boleh. Aku pusing kiri dan kanan namun mata ini tetap x mahu terlena. Entah kenapa terlalu bnyk benda yg mengganggu fikiran yg menyukarkan ku untuk tidur semula, biasanya jgn harap lah, lepas subuh tidur punya. Itulah amalan ku yg  x baik sejak aku melangkah ke universiti . x tidur selepas subuh jika ada kelas saja. My mum membebel pasal ni. Hahahahahahaha.
Semalam,alhamdulillah.... terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memurahkan rezeki ini. Rezeki kedua org tua ku..... Mungkin tidak semua seperti ku yg mampu membayar yuran pengajian sendiri. Namun x semua yg tahu... perasaanku setiap kali berada di finance. Bukan aku tidak bersyukur, Cuma... Terus terang... perasaanku setiap sem tetap sama. Aku x tahulah apa org lain rasa, tapi bagi aku apa yg pasti perasaanku sentiasa berbaur... sukar untuk aku nyatakan.
“fazihah... ko senanglah... bayar sendiri..” bila dgr ayt nie aku hanya mampu tersenyum. Jauh di sudut hati aku tak tahu apa yg harus aku balas, apa sepatutnya mimik muka harus aku pamerkan. Tapi sebenarnya ayat yg lebih sesuai adalah “Alhamdulillah...” tipulah jika tidak pernah terlintas di fikiranku,  tidak pernah terdetik di hati ini...mungkin org ingt aku terlalu bergantung dgn org tua ku dalam setiap hal. Aku x bleh berdikari. Dan hal ini kadang2 mengusik resahku. Sebelum nie, aku pernah bagi tahu mamaku yg aku ingin membuat pinjaman, mamaku akan ckp pdku “Kak long, x perlulah... org tua mampu” Aku menyatakan pada mamaku betapa aku mahu berdikari... selepas belajar aku mahu bayar sendiri dan selebihnya aku mahu menangkis pandangan org lain yg aku x mampu hidup sendiri. Mamaku sentiasa kata kepadaku biarlah apa org nak ckp... dorg bukannya buat apa apa pun untuk kak Long. Aku hanya diam. Semasa aku di Uniten, Alhamdulillah aku di panggil untuk taklimat bagi permohonan biasiswa pelajar cemerlang. Aku rasa gembira sekali... mungkin aku dpt memujuk org tua ku untuk membuat permohonan tue. Telah ku khabarkan kpd org tua ku segala faedah ygakan  diperoleh melalui biasiswa tu.... jawapan tetap sama. Sejak itu aku x bertanya...
Cuma semasa aku di Unirazak aku mendengar sendiri jawapan dari bapaku... bila kawannya bertanya kepadanya mengenai ku
“Bang.... kenapalah abg tdk bg anak abg mohon biasiswa... kah pinjaman  kan senang nanti”
“x payah lah... org tua bekerja kuat untuk kesenangan anak-anaknya... satu kepuasan bagi seorng bapa jika dia dapat menanggung anaknya....”
Jawapan itu cukup menyentuh hati aku ingin saja aku memeluk bapaku dr belakang. Aku memandang keluar tingkap. Air mataku bergenang masa tue. Perbualan dalam kereta seakan angin sj di telinga ku. Org yg rapat dgnku pernah menyatakan kepadaku. Namun hatiku seakan sukar untuk menerima. Namun haritu... Aku bertekad akan membalas jasa org tuaku... akan menyayangi mereka walau apa jua berlaku. Setiap kali aku katakan pada diri ku. “Ya Allah maafkan aku andai aku bukan anak yg baik untuk kedua org tuaku, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kepada ku YA Allah...” Cuma aku agak emo kemarin. Mungkin sebab aku rasa sedih pointer aku jatuh aku rasa aku telah mengecewakan org tua ku.. macam yuran ku tdk berbaloi dgn usahaku. Walaupun org tuaku x kisah dan sentiasa memberi sokonngan kpdku aku tetap rasa bersalah.  Insya Allah i’ll do my best for this sem.
Semalam entah kenapa aku agak emo, perbualanku dgn mereka yg menelefon ku sahut hambar. Pertanyaan kak ngah ku balas malas. Hingga kak ngah bertanya kepadaku kenapa ku x bnyk bercerita dan lebih bnyk diam. Aku memberi pelbagai alasan menutup resah di hatiku. Begitu jg dgn “dia” .
“Sitti.... awak ok ker?” aku terasa sebak bila di tanya begitu. Aku bukan lah org yg mudah menangis, walaupun bnyk benda yg berlaku dlm hidupku... aku jenis yg sukar untuk menangis. Cuma semalam aku jd “manusia” yg mudah terusik jiwanya.  Maafkan sy awak... I just need some space. Tidak terucap kata-kata. Aku tahu aku telah membuatnya risau.. walaupun dia sibuk dia tetap menelefonku. Bukannya aku x persaan yg bunyi jari jemarinya yg rancak menaip di keyboard terhenti bila dia bertanya keadaan ku. Aku tahu jwpnku kepadanya seakan tidak wajar di terima. Mujur dia memahami. Sekali lg sy minta maaf.
Satu habit aku yg berubah, bila aku ada masalah... aku lebih gemar mengasingkan diri dan membiarkan lampu tertutup. just memberi ruang pada diri sendiri. entahlah.. bagi aku i’m doing good drpd marah2... melempiaskan pada semua org. I’m learned from the past. Bila aku gagal mengawal emosi, aku lampiaskan marahku. Terus terang aku pemendam dan perahsia org nya, tp bila ia dah melebihi thp kesabaran dan ketenangan ku aku boleh jd org yg “garang” hahahahaha. Cine bgtahu aku... aku menakutkannya. Alhamdulillah sekarg nie dah “OK” hahahahahaha. Emmmm.... x senang sebenarnya mahu jadi Sitti fazihah Abd haman nie. Cukuplah if dorg ingt aku “stone Cold”
Hari ini insya Allah mahu keluar cari barang.... jd x bleh sedih2... walau apa jua masalah ku, kalau bleh aku x mahu mengheret org lain bersama. Alhamdulillah mereka “fhm” perangai cik sitti sorg nie....
Doakan perjalan saya.... Insya Allah Amin.
Assalammualaikum...

3 comments:

  1. ibubapa inginkan yang terbaik buat anak mereka lantas mereka berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.dan kita sebagai anak,teruskan memberi yang terbaik buat mereka...cehh,pening baca ayat sendiri.wahahahaa.

    nnti tukar ya link aku dkt tepi tu---> gunakan ini www.ecadwinkyasha.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. gunakan ini www.ecadwinkyasha.com

    domain sendiri,tidak gunakan .blogspot.com uda :)

    ReplyDelete
  3. salam ca. ya you're right. Everyone told me about that. thanx ca...... Insya Allah nanti tukar. :)

    ReplyDelete