Wednesday, April 9, 2014



Assalammualaikum.







Ketika jari jemari ini menari mencernakan idea-idea asigment yang tertunggak sambil mendengar lagu-lagu lama Siti Nurhaliza, fikiran menerawang jauh mengimbau masa lalu.. aku dibesarkan dengan lagu-lagu siti nurhaliza. Tidak hairanlah jika dalam kereta mesti terdapat CD siti. Waktu kecil dulu, aku siap pinjam kaset kawan. Masa tu kaset lagi.. duduk tepi radio. Dan tekan pause and play just untuk salin lirik… alahai sekarang main gooooogle jer. Ok lah tu membantu pendengaran dan daya ingatan kannn. Mau dengar dengan jelas apa siti nyanyi and ingat apa dia nak nyanyi sebelum salin. Aku peruntukan buku khas tau untuk lagu siti. Pastu praktis nyanyi and feeling jadi siti ler kejap.. hahahahaha. Aduhai, malu lah juga ingat balik.

Tetapi itulah antara memori terindah dalam hidup yang boleh diceritakan kepada anak cucu nanti mak or nenek dorang ni macamana.  Banyak-banyak lagu siti aku tetap suka lagu- lagu lama dia. Feeling jiwang sangat. Kan time tu… rentak balada femes giler right. Jerat percintaan, kau kekasihku, wajah kekasih, diari hatimu, gelora asmara , kesilapanku keegooanmu dan banyak lagi. Fuuuuhhhh Dengar tajuk pun tahu tahap jiwang kan. Owh tak lupa juga hati kama. Ni lagu yng cine chop lagu aku. Well aku memang aku suka sangat lag tu. Best music dia. Dia sajeerr jer perli. Aku kan suka dengar. Suka hatilah. Suara siti sedap dan sangat lunak sampai sekarang. Even siti nyanyi lagu orang pun sedaaap jer dengar dia bawa.

So tetiba nak tengok konsert pertama dia masa awal kemunculan dia.. kurus gi siti masa tu. Macam aku kan.. namapk sangat meniipu. Well kawan sekolah aku tahulah mcmn saiz aku kannnn.Hahahahaha, memang tak sangka masih ingat lagi lirik tu. Emm apalah aku buat time sekolah tu macam enjoy sajer. Adik2 dengar lagu dengar juga tau tapi pelajaran jangan lupa. Jangan lah sampai melalaikan kita pula ok. Tu jer nak taip sebenarnya.. k nak sambung kojerrr.saya tinggalkan lirik lagu jerat percintaan sajer... kredit lagu http://www.1liriklagu.com.  Gambar siti dari google kena cari yang bertudung. siti dah pakai tudung kan.
Assalammulaikum.



Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya
Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu
Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya


Saturday, March 8, 2014

my 1st day

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai kelas pertama Kuliah penakulan data (kuantitatif) yg disampaikan oleh Dr. Suhaimi Taat. kelas pertama memang diisi dengan muka muka ceria rakan -rakan yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah semua orang lulus dengan jayanya. well, kuliah pertama selepas cuti... memang blur. hahahaha begitu juga dengan geng ayam penyet. Kumpulan aku memang meriah dengan geng labuan kakak-kakak dan cikgu (lelaki) pensyarah matrikulasi yang sentiasa memeriahkan kelas dengan soalan -soalan panas.. ceh. x adalah,  soalan yang diajukan dapat menambah ilmu yang sememangnya kurang . akan tetapi harini kurang soalan maybe penat dengan tugas serta perjalanan jauh  yang ditempuh, bak kata orang enjin belum panas. aku lagilah memang senyap jer dalam kelas.

Makan nasi ayam penyet memang tak sah pada setiap kali kuliah. arini tukar selera lah pulak... bukan tukar menu tapi restoran jer. Kami makan di Restoran Resepi mama. well not bad. sedap jg. tapi sambal warung padang jawa tetap lagilah power. pedas hahaha. tp masuk kelas after makan memang menguji keimanan. time tulah menguap berapa kali yer... apa yg dr. cakap masuk telinga kanan kuar telinga kiri. kenapa lah i x tutup telinga kiri.. biar info tu stay dekat otak jer. hahahaha. aku dah tengok eca. bro.. ngantuk. eca pun mengiakan. semuanya pasrah menunggu bila lah kelas berakhir. adui..aku sudah start berbrop ngan eca.. dulu aku dengan cine yang berbro... alahai rindu plak i dengan minah tue.. 

Besok kelas ada lagi tapi setengah hari saja. almaklumlah bagi laluan geng labuan kejar feri dan mereka yang tinggal jauh untuk pulang. aku memang tabik lah dengan mereka semua ialah mana mau kuliah lagi.. keje lagi.. pensyarah matikulasi kerja pagi sampai petang ... harap-harap aku tak tido time kelas.. tu kepantangan tu. ambik ko fazihah ko suka sound student ko tido kan. skang ko rasa. gambar atas tu masa taklimat masa daftar mula mula masuk UMS. nampak sangat bosan kan time taklimat bukan mau dengar orang cakap. hahaha. dengar bah juga.

Sebelum itu. arini kita dikejutkan dengan berita mengenai pesawat Mas MH370 yang sepatutnya berlepas ke Beijing yang hilang dari radar. Semua rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita ini. Sama -sama kita berdoa semoga Allah memudahkan semua operasi mengesan mereka dan semua penumpang dalam keadaan selamat. Amin.

p/s Jangan tido time kelas

Assalammualaikum